Friday, June 14, 2013

ADAB DAN NILAI KEPIMPINAN DALAM MEMILIH PEMIMPIN AKAR UMBI PPBM

Dalam keghairahan ramai ahli-ahli yang menawarkan diri menjadi ketua-ketua di peringkat negeri, bahagian dan akar umbi di cawangan amatlah penting NILAI-NILAI KEPIMPINAN individu yang dipilih sebagai ketua itu diambil kira dan diketengahkan.

Sebagai sebuah parti baru, konsep institutional reform tidak timbul langsung dalam PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) sebaliknya building foundational capabilities atau membina kekuatan asas amatlah penting kerana asas dan tunjang yang kukuh akan menentukan kekuatan PPBM untuk tegak berdiri di persada negara walau dibadai gelombang sekali pun.


 “A leader leads, inspire his people, set directions and achieve goals. Leader don't outsource their responsibilities to other people.”



Berdasarkan konsep di atas, saya bahagikan 3 kategori utama nilai KEPIMPINAN yang perlu dijadikan panduan oleh pucuk pimpinan PPBM apabila memilih ketua dan pemimpin akar umbi; dan saya gariskan prinsip-prinsip kepimpinan yang perlu dikenalpasti dan diketengahkan sebagai indikator memilih PEMIMPIN. PPBM perlu memilih pemimpin yang sebenar untuk menjadi sebuah parti politik yang cemerlang.



A] KEPERIBADIAN DAN JATI DIRI PEMIMPIN

Kita tidak perlu melihat jauh untuk meneliti keperibadian dan jati diri Pemimpin PPBM. Tun Dr Mahathir, mempunyai keperibadian yang amat menyerlah. Jati diri dan prinsip beliau tetap teguh walau di parti mana beliau berada. Pemimpin baru yang sering bersama Tun, jangan hanya bergambar dan mengelilingi beliau, tetapi belajarlah dari nilai kepimpinan beliau yang amat tinggi  dan berkualiti. 


1.      OTOKRATIK DAN TEGAS: Saya pernah membaca satu kajian yang dibuat oleh Harvard University pada awal tahun 1990an tentang ciri-ciri dan nilai kepimpinan yang diperlukan di negara-negara di Asia. Menarik perhatian adalah Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama memerlukan stail kepimpinan otokratik bagi memastikan kejayaan kepimpinan dan pembangunan negara. Ini dibuktikan oleh kejayaan Tun Dr Mahathir yang mempunyai stail kepimpinan otokratik dalam mengawal dan menyelia pemimpin-pemimpin lain dalam kabinet beliau. Dia terbukti berjaya dalam menyatu-padukan rakyat berbilang kaum dan agama dalam negara dan seiring bersama beliau dalam memajukan negara. Pemimpin negara kita masih memerlukan disiplin dan kawalan yang tinggi dan rakyat kita memerlukan kepimpinan yang terpimpin. 

Malangnya kepimpinan sekarang juga sedar tentang kuasa kepimpinan otokratik ini dan telah menyalahgunakannya, dengan memperkenalkan akta dan undang-undang baru, ditambah dengan pemberian wang dan kebendaan untuk membeli kuasa.  Ini merosakkan negara.

Dalam era digital, stail kepimpinan otokratik diperlukan di Malaysia dalam beberapa keadaan terutama yang berkaitan keselamatan, kedaulatan dan ketenteraman negara.

2.      PARTICIPATIVE LEADERS: PPBM memerlukan pemimpin yang turut serta dalam setiap aktiviti dan program rakyat untuk memahami denyut nadi rakyat. Dato’ Seri Mukhriz Mahathir adalah contok pemimpin rakyat. Beliau turun ke bawah untuk mendengar keluhan dan cuba menyelami kehendak rakyat, serta cuba menjadi 'sebahagian dari kehidupan rakyat'. Pemimpin akar umbi PPBM yang dipilih perlu memiliki ilmu ini dan sanggup turun ke ceruk kampung untuk mendengar keluhan rakyat dengan mendekati hati, minda dan jiwa mereka.

Stail kepimpinan ini sesuai di zaman moden di mana pemimpin tidak lagi mementingkan protokol, bersikap supportive dan menggalakkan 'empowerment' kepada orang-orang bawahan dalam mengambil keputusan secara kolektif. Ini berbeza dengan sikap pembesar-pembesar UMNO, sebuah parti yang tidak lagi relevan di zaman ini.

3.     AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB: Bersikap amanah bukan terletak pada sumpah baiah atau ikrar yang dibuat sebaliknya perlu ada dalam diri seseorang yang dipilih sebagai pemimpin. Pemimpin beramanah menyampaikan kebenaran dan menjatuhkan kebatilan, dan kemudian setelah dipilih beramanah melaksanakan sistem tadbir urus dengan baik berlandaskan perinsip Al Quran.

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, sehingga Allah mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrikin laki-laki dan perempuan; dan sehingga Allah menerima tobat orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Surah al-Ahzab: 72]

4.      BERINTEGRITI DAN IKHLAS: Pemimpin atasan dan akar umbi PPBM yang dipilih perlu mempunyai nilai kejujuran dan prinsip-prinsip moral yang tinggi dan ikhlas dalam perjuangan. Kepentingan diri harus diketepikan sebaliknya hak dan kepentingan rakyat akar umbi harus diutamakan.

Keperibadian dan jati diri lain yang perlu diberi perhatian ialah: bersih, berdisiplin dan seiring dengan aspirasi PPBM.


B]         ILMU DAN PENGALAMAN PEMIMPIN


5. BERILMU: Pemimpin yang berilmu amat penting dalam menerajui bala tentera yang besar dan berpendidikan tinggi dalam PPBM. Apatah lagi rakyat Malaysia majoritinya adalah berilmu dan berpendidikan. Kepimpinan hari ini mesti bergerak dalam minda, idea dan cita-cita yang saling berhubung-kait dan ekosistem tanpa sempadan. Jangan menidakkan kebolehan dan potensi sumbangan GEN Y dan  golongan muda. Mereka bijak, mereka berdikari mereka boleh menilai dengan baik, tetapi golongan ini perlu dipimpin oleh mereka yang lebih berpengalaman.

6. SEMANGAT BERPASUKAN: Satu pasukan dalam Bahagian dan Cawangan yang merangkumi kedua-dua golongan muda dan tua amat penting untuk memberi keseimbangan antara pengalaman, ilmu, tenaga dan dinamisme bekerja. Dalam politik, konsep kerja berpasukan jarang diamalkan berbanding di sektor korporat kerana akhirnya pertandingan yang berlaku mengutamakan individualism dan yang menjadi ketua akan lebih menyerlah dari yang lain. Di Malaysia, pertandingan dan keghairahan memegang kuasa akan lazimnya menimbulkan pertelingkahan yang berpanjangan dan di sulami fitnah dan tikam menikam. Ini adalah satu budaya jelik yang sepatutnya dielakkan dan dihapuskan sekiranya kita ingin maju ke depan menjadi negara Islam yang progresif dan bertamadun.

7. PENGALAMAN: Hanya pemimpin yang berpengalaman sahaja yang mampu membawa pengikutnya untuk bergerak seiring dengan aspirasi dan cita-cita pemimpin tersebut. Pengalaman ini perlu ditimba dalam satu proses pembelajaran dalam jangka masa tertentu. Ilmu dan kebolehan semata-mata tidak cukup untuk menarik ahli dan pengikut untuk bekerja dalam satu pasukan.

Kepimpinan yang berkesan memerlukan pengalaman yang kritikal untuk menyampaikan pemikiran yang jelas, memberi inspirasi kepada ahli pasukan untuk bersama-sama mereka, berkeupayaan untuk menerima perbezaan dan berkeupayaan melihat di luar dari yang nyata berdasarkan pengalaman mereka.

Saya ingin meminjam kata-kata Ronald Reagan yang mengatakan   "The greatest leader is not necessarily the one who does the greatest things. He is the one that gets the people to do the greatest things."

9. THOUGHT LEADERS: Thought Leadership adalah konsep Kepimpinan Berilmu di mana pemimpin ini menjadi rujukan pendapat dalam bidang kepakaran mereka. Mereka dipercayai sebagai sumber yang bergerak dan memberi inspirasi kepada orang ramai dengan idea-idea yang inovatif; mampu menterjemahkan idea menjadi realiti, dan boleh memimpin ahli untuk meniru kejayaan mereka. Apabila timbul pertelingkahan untuk memilih pemimpin, thought leaders perlu dijadikan pilihan.

Nilai kepimpinan ini amat sesuai dalam konteks sekarang di mana pemimpin melatih dan melahirkan lebih ramai pemimpin di bawahnya untuk melaksanakan aspirasi dan mencapai objektif pembangunan negara yang dicita-citakan. Kita tidak mahu pemimpin lahir, cuba mencipta legasi sendiri dengan menghapuskan legasi pemimpin lama, semata-mata untuk kelihatan lebih hebat dari pemimpin terdahulu. Ini adalah satu sikap yang tidak menguntungkan bagi pembudayaan dan ketamadunan sesebuah bangsa.

Dalam konteks negara kita, Tun Abdullah dan DS Najib adalah dua pemimpin yang cuba membina legasi sendiri tetapi malangnya mereka gagal menghasilkan deliverables yang memberi nilai tambah kepada kehidupan masyarakat Malaysia, malah memusnahkan legasi yang telah dibangunkan oleh Tun Dr Mahathir.

10. BERTINDAK (RESULT ORIENTED AND DELIVERABLES): Kita harus mengekang dan lari dari kebiasaan pemimpin UMNO yang kuat beretorik dan hanya boleh berceramah di pentas pidato dalam sorakan yang kuat, tetapi kosong ilmu dan amal, terutama untuk bekerja dalam satu pasukan dan menghasilkan deliverables dan matlamat seperti yang ditetapkan. Pemimpin harus keluar dari keselesaan pangkat dan kuasa tetapi turun padang keluar bekerja.

Keberkesanan seorang pemimpin ialah yang menekankan prinsip kepimpinan berasaskan nilai (values-based leadership). Untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan dalam abad ke-21 ini, pemimpin PPBM di Peringkar Negeri dan Bahagian perlu melakukan lebih banyak daripada hanya beretorik. Mereka yang dipilih perlu boleh membuat keputusan dan mempunyai pemikiran yang tegas dan inklusif, cepat bertindak dan boleh mengenali nilai yang dibawa oleh orang lain. 



C. WAWASAN DAN ASPIRASI PEMIMPIN


11. TRANSFORMATIONAL AND VISIONARY LEADERS: Seorang transformational dan visionary  leaders (pemimpin yang menggalakkan perubahan dan berwawasan) mempunyai visi yang jauh ke hadapan dan bercita-cita untuk mengubah sistem dan tahap pencapaian negara menjadi lebih baik. Bagi saya, Tun Dr Mahathir adalah seorang transformational dan visionary leader yang agung di abad ini. Terdapat beberapa pemimpin dalam PKR dan PPBM yang mempunyai kecenderungan dalam corak kepimpinan begini dan bakal menjadi pemimpin yang hebat. Mereka perlu menggilap orang-orang yang terbaik bersama mereka untuk menjadi hulubalang dan panglima yang kuat, ikhlas dan setia untuk bergerak sebagai satu pasukan menuju arah yang ditetapkan.

Pemimpin peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan yang dipilih perlu memupuk dan belajar melihat kehadapan dalam konteks politik dan sahsiah negara yang lebih besar dan ruang lingkup pembangunan yang lebih menyeluruh.

12. ISLAH DAN PERDAMAIAN: Pemimpin PPBM harus menekankan konsep islah dan menggalakkan perdamaian sesama rakyat Malaysia untuk menjadi satu bangsa merdeka yang kuat. Kita harus lari dari dogma perkauman yang dilagukan oleh UMNO yang menghindari persepakatan sesama rakyat Malaysia. Islah adalah usaha untuk memperbaiki hubungan di antara rakyat yang bersengketa dengan menghulurkan tali yang kuat dan kukuh antara manusia, teristimewa antara DAP yang mewakili kaum cina dengan seluruh parti yang mewakili bangsa Melayu di dalam Pakatan Harapan demi perpaduan negara.

Konsep pengislahan mestilah bermula di dalam diri pemimpin yang dipilih itu supaya ianya tidak berlaku zalim terhadap manusia lain bila berkuasa nanti.

13. HADARAH: Kebangkitan hadarah (PERADABAN) bukanlah suatu yang dibangunkan dalam nilai berbentuk dogmatik ataupun doktrinisasi mahupun budaya pembodohan yang membawa fenomena kelemahan berfikir masyarakat sebagaimana yang cuba dibawa oleh UMNO. Sebaliknya hadarah membentuk masyarakat yang percaya kepada perinsip nilai kebaikan di dalam beragama, menjadikan budaya ilmu dan tradisi ilmu sebagai jalan mencari kebenaran.

Hadarah hendaklah diangkat sebagai suatu kemajuan atau pembangunan yang difahami di dalam pandangan Islam bukanlah konsep kemajuan Barat semata-mata. Penyelewengan makna pembangunan yang sebenar telah menimbulkan budaya nilai-nilai akhlak yang merosakkan manusia dan akhirnya melahirkan masyarakat Malaysia yang mementingkan kebendaan tanpa melihat kepentingan nilai-nilai murni kehidupan bermasyarakat.

Pemimpin datang dan pergi tetapi legasi perlu diteruskan, dipercambahkan [proliferation]  dan dimampankan [sustainability] demi kesinambungan tamadun bangsa tersebut.

Pemimpin sejati tidak akan bersikap begini sebaliknya akan meneruskan legasi dan memastikan pembangunan mampan diteruskan dan sedar bahawa adalah suatu tanggungjawab pada diri mereka untuk melakukan amanah dengan kuasa dan jawatan yang diberikan.


Malaysia memerlukan PEMIMPIN-PEMIMPIN sejati dan yang sebenar!
MAS DARBY